Guna jalur rail ke Butterworth


Tarikh 4-12-2023 Aku bersama sahabat ku Mr Chew akan mengexplor laluan rel KTM menggunakan tren komuter ke Butterworth dengan konsep seperti naik bas loncat ² .... bezanya guna jalur rel, maka pengangkutan kami ialah keretapi 

jam 0700 aku bermula dari stesen KTM Kuang
Langkah pertama tren no 2306 ke Tanjong Malim
Sampai di Rasa sahabat ku Mr Chew pun naik tren komuter yg sama menuju Tanjong Malim 
Jam 0850 kami bersarapan di food court depan stesen KTM Tanjung Malim sementara menunggu waktu ets ke Ipoh
Tanjong Malim ke Ipoh perlu guna ets pasal tiada komuter di laluan itu
kami pun menyambung perjalanan dengan ets ke Ipoh
TM - Ipoh Rm16 harga OKU dewasa
menunggu tren ETS 
Muhibbah he²
Dah dalam ETS 

11.45 kami dah sampai stesen Ipoh 
Melangut lah jap tunggu tren komuter utara ke Butterworth jam 1255
Jam 2.50pm kami dah selamat sampai stesen KTM Butterworth
Menuju ke terminal feri untuk masuk Pulau Pinang
Beratur beli tiket feri 
Dah dalam feri
Dari jetty kami naik bas free rapid peneng ke hotel
Catatan setakat hari ini kos perjalanan
Tren komuter- percuma
Ets -Rm16
Feri -Rm1
Bas penang rapid - percuma
Dengan jumlah itu kami sudah berada di Pulau Pinang




Comments

Post a Comment