kembara stroke survivors ke Sibu Sarawak

assalammualaikum dan salam sejahtera
dikesempatan kali ini aku ingin berkongsi pengalaman melancong ke Sibu bersama bersama sahabat stroke ku...watak utama mr chew , cikgu siti dan mr Yo yg menyambut kehadiran kami di Sibu.
Tempoh lawatan kami tiga hari dua malam (9hb-11hb january  202O)


Hari Pertama


aku chew dan cikgu siti dah bertemu di KLIA 

Setelah selesai urusan dokumentasi kami berempat pun dibawa masuk ke pesawat
ohh ya  cikgu Siti bawa anaknya untuk temankan dia,maklumlah cikgu siti ini adalah srikandi stroke dalam kembara kali ini

Alhamdulillah kami semua dah selamat duduk dalam pesawat yg akan membawa kami ke Sibu
penulis ini ..aku ler memang agak bergaya orangnya,apa nak buat dah lah hensem  stroke pula ...dah nasib badan..hehehe



Dalam pernerbangan  kami dah oder makanan semasa pembelian tiket
jadi aku pun makan lah dalam kapalterbang ketika ketiggian  atas 30000 kaki kut


akhir nya aku dah dapat lihat permandangan dari udara bumi Serawak


Sampai sudah kami di Sibu, aku pun ambil lah kesempatan sekejap

Menunggu Mr Yo ambil keretanya 
ada kisah lucu juga ...semasa mr yo ambil kereta di parking  cikgu siti menyuruh anaknya temankan
mr yo hampir 20minit berlalu tak nampak kelibat mereka lalu di hadapan kami,lantas cikgu siti call
anaknya untuk mengetahui jenis kereta dan warna jawap anaknya "mak kami tak sampai lagi ke kereta uncle jalan slow" 


kami pun dah naiki kereta yg di pandu Mr Yo





 Mr Yo bawa kami makan di restoran cina muslim di Sibu, Satu ayat yg buat aku terharu dengan Mr Yo  saya pastikan kami semua makan makanan halal.
Lepas makan kami dibawa bersiar di bandar sibu, setelah  itu kami pun dibawa ke hotel penginapan


kami pun dah dapat bilik masing masing



petang  kemudian kami di bawa ke central market Sibu memang tempat kegemaran perempuan ler, cikgu  siti  sedang asyik melihat gerai kek serawak


 aku pula lihat penjual ayam di market Sibu


Tempat makan malam pertama kami di Sibu




kami pun di bawa bersiar di satu kawasan di tengah bandar Sibu



Hari Kedua


kami bersarapan di hotel 
rancangan kami hari ini pergi ke Sarikei yg jaraknya dari Sibu 66km

oh ya mr yo pun menginap di hotel bersama kami kerana nak bawa kami ke Sarekei


perjalanan kami pun bermula , ada tempat laluan ke Sarikei menempuh sungai dan kenderaan akan menggunakan feri untuk ke seberang...






bergambar lah kami sambil menikmati pemandangan merentas sungai serawak yg luas dan lebar

Mr Yo , satu ayat kelakar bila jalannya semakin menyenget "dulu saya banyak makan ketam laa"
Mr Yo berjenaka orangnya, memang hepi dengan dia

chew tengah fikir lepas Sibu kemana pula nak pergi...dah dilantik menteri pelancongan
angin meniup membisikkkan pada ku, impian kini terjadi
cikgu siti melemparkan pemandanganya ke sg serawak
aku pun meyapa lembut  " ti....teringat saat saat manis bersama 
tersayang kah..."tak lah, tengok kalau kalau ternampak buaya"
aku pun terus berundur dua tiga tapak dari tebing jeti.



Kami pun meneruskan perjalanan ke Sarikei, dalam perjalanan kami singgah tempat yg menarik apatah cikgu siti ini peminat bunga jadi bila nampak bunga kami pun berhentilah sekejap


dah sampai pekan Bintangor

 ini petrol station taw


Chew buat pose menarik di jeti Bintangor


Permandangan dari jeti tempat bot berlabuh


cikgu siti memang peramah orangnya sempat berbual dengan petani
  di sana yg ada kebun limau bali

tengok muka ada senyum
orang peramah memang untung hehe ..dapat free limau bali 

apalagi buat makanan ler dlm kereta

Dapat juga tengok rumah panjang...tapi yg morden ler


Laksa serawak
Akhirnya kami pun sampai ke Sarikei
 dan ke restoran untuk makan tengahari


memandangkan hari ini hari jumaat Mr Yo 
minta kawanya di sana En Fauzi  bawa aku ke masjid untuk solat jumaat


 Syukur alhamdulliah aku solat jumaat di masjid di Sarikei

Nenas ini landmark di sana

Kami pun berangkat pulang kembali ke Sibu


Ya...kena tempuh lagi jeti ini hadap pulang ke Sibu

Aku pun berselfie lah sementara feri sampai

Sempat pula beselfie dengan "alia" anak comel penjual gerai di jeti



Hari Ketiga


kami bersapan dihotel 


kami singgah lagi ke central market sibu untuk shoping terakhir

antara juadah makanan yg dijual


kami pun dah sampai airport Sibu
yg baju biru tu Roger sahabat stroke juga datang dari kanawit bila dapat maklumat kami 
dari semenanjung dah di airport untuk balik


makan terakhir kami di airpot Sibu
bersama Roger


 Jutaan terima kasih buat Mr Yeoh Kean melayan kami dengan sungguh 
baik sepanjang kami di Sibu , akan ku bawa kenangan terindah dan 
pengalaman bersama mu selagi hayat dikandung badan

Tibalah saat kami semua balik

Barang cikgu siti  shoping
passport Malaysia ku pun dah di cop keluar 
unik kan kalau kita pergi Sabah atau Serawak kita perlu lalui pemeriksaan imegeresen
kalau tak ada passport guna mykad pun boleh nanti kita diberi surat dan surat perjalanan 
perlu diserahkan bila kita keluar nanti

ketika gambar ini diambil aku pun dah duduk atas kerusi roda

kami bertiga pun dah di bawa ke pemeriksaa balai berlepas
mesti korang heran kan kenapa pula kami berkerusi roda 
sebenarnya kami pemegang kad OKU JKM layak dapat perkidmatan
ini percuma ...maklumlah kat airport terutama KLIA  nanti jauh nak jalan kaki 
jadi kami gunakan je kemudahan ini




Kami semua dah dalam pesawat untuk kembali 
"sayunara Sibu" kami pulang dengan dikerumuni kenangan terindah.







Sekian coretan kali ini dari Mustazrin Mustapa.. 
Catatan ini khusus dibina buat sahabat-sahabat senasib saya.

















Comments

  1. Wah, bestnya jalan-jalan dgn kawan-kawan...hepi semuanya...perenggan last sekali letak pantun Mus...hehe

    ReplyDelete
  2. Hehe....aku sendiri pun tak sangka selepas aku di duga angin ahmar ,aku perolehi satu kehidupan yg tak terlintas aku lakukan masa aku sihat dulu. Thanks man

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... selamat pergi dan kembali 😊

    ReplyDelete

Post a Comment