Tarikh 30-12-2019 aku menerima satu peristiwa pilu dalam kehidupan ku buat pertama kali aku kehilangan seorang abg pergi tak kembali... dia adalah abang kandung seibu dan sebapa dari kecil hingga dewasa aku memanggilnya dengan nama sahaja" "Izam" mungkin jarak umur ku dengan dia hanya dua tahun saja jaraknya, Izam adik beradik sulung dalam susunan adik beradik ku...
Dia lebih popular dengan nama along' bagi adik adik ku yg bawah ku. Dah namanya adik beradik ada kalanya kami juga pernah tak bersendapatan tapi darah kami tetap sama hasil kasih sayang mak dan abah.
Aku menulis ini di hari kedua pemergian mu ke rahmatullah.
Apa yang nyata dan jelas kini dalam adik beradik ku tinggal aku seorang saja lelaki,aku kehilangan tempat mengadu pada seorang lelaki selepas pemergian abah ku empat tahun yang lalu.
Zam walaupun adakalanya kita seakan tak akrab sebagai kawan dan adik beradik tapi adakalanya kau perlukan aku dalam membuat keputusan dan begitu juga aku perlukan kau dalam membuat sesuatu keputusan. kini aku terasa tersendirian,sepi, tak ada lagi lagi tempat aku nak mengadu, bersembang
Aku kuncup jenazah mu Zam,tapi kau dah tiada roh dalam tubuh ku tapi aku puas hati semasa hayat mu tiap kali aku ziarah kau terlantar di katil hospital aku cium dahi mu...
Kini aku tahu kau kini berada di alam lain yang tak mungkin aku temui lagi . Aku tahu dan yang yakin kau pasti tahu dengan kelumpuhan aku aku tidak mampu menguruskan jenazah mu , tetapi syukur Alhamdulillah aku berbangga anak' anak kau menguruskan jenazah mu , aku hanya mampu melihat.
Zam ku doakan kau berbahagia di alam baru mu satu alam yang di panggil alam barzakh yang pasti dilalui setiap kematian. Zam ....kini selagi ada hayat diriku kau adalah kenangan dalam perjalanan hidup ku yang bila ku kenang jiwaku digernangi kepiluan dan adakalanya dikenang aku meleret senyum kenangan bersama mu semasa kita dari lahir hinggalah saat pemergian mu kerahmatulah.
Zam kalau kau 'bisa' mendengar suara hati adik mu ini , aku mohon ampun maaf jika aku pernah berdosa pada kau.
Kini aku hanya bertemankan kenangan dengan kau Zam.
Al-Fatihah buat kau Zam , abang kandung ku Haji Mazlizam Bin Haji Mustapa
Gambar aku bersama izam
aku yg kiri ( comel kan kami berdua)
ini gambar abangku izam aku ambil dua hari sebelum dia kembali ke rahmatullah


Comments
Post a Comment