assalammualaikum dan salam sejahtera
dikesempatan kali ini aku ingin berkongsi pengalaman melancong ke Sibu bersama bersama sahabat stroke ku...watak utama mr chew , cikgu siti dan mr Yo yg menyambut kehadiran kami di Sibu.
Tempoh lawatan kami tiga hari dua malam (9hb-11hb january 202O)
Hari Pertama
aku chew dan cikgu siti dah bertemu di KLIA
Setelah selesai urusan dokumentasi kami berempat pun dibawa masuk ke pesawat
ohh ya cikgu Siti bawa anaknya untuk temankan dia,maklumlah cikgu siti ini adalah srikandi stroke dalam kembara kali ini
Alhamdulillah kami semua dah selamat duduk dalam pesawat yg akan membawa kami ke Sibu
penulis ini ..aku ler memang agak bergaya orangnya,apa nak buat dah lah hensem stroke pula ...dah nasib badan..hehehe
Dalam pernerbangan kami dah oder makanan semasa pembelian tiket
akhir nya aku dah dapat lihat permandangan dari udara bumi Serawak
Sampai sudah kami di Sibu, aku pun ambil lah kesempatan sekejap
Menunggu Mr Yo ambil keretanya
ada kisah lucu juga ...semasa mr yo ambil kereta di parking cikgu siti menyuruh anaknya temankan
mr yo hampir 20minit berlalu tak nampak kelibat mereka lalu di hadapan kami,lantas cikgu siti call
anaknya untuk mengetahui jenis kereta dan warna jawap anaknya "mak kami tak sampai lagi ke kereta uncle jalan slow"
kami pun dah naiki kereta yg di pandu Mr Yo
Mr Yo bawa kami makan di restoran cina muslim di Sibu, Satu ayat yg buat aku terharu dengan Mr Yo saya pastikan kami semua makan makanan halal.
Lepas makan kami dibawa bersiar di bandar sibu, setelah itu kami pun dibawa ke hotel penginapan
kami pun dah dapat bilik masing masing
petang kemudian kami di bawa ke central market Sibu memang tempat kegemaran perempuan ler, cikgu siti sedang asyik melihat gerai kek serawak
aku pula lihat penjual ayam di market Sibu
Tempat makan malam pertama kami di Sibu
kami pun di bawa bersiar di satu kawasan di tengah bandar Sibu
Hari Kedua
kami bersarapan di hotel
rancangan kami hari ini pergi ke Sarikei yg jaraknya dari Sibu 66km
oh ya mr yo pun menginap di hotel bersama kami kerana nak bawa kami ke Sarekei
perjalanan kami pun bermula , ada tempat laluan ke Sarikei menempuh sungai dan kenderaan akan menggunakan feri untuk ke seberang...
bergambar lah kami sambil menikmati pemandangan merentas sungai serawak yg luas dan lebar
Mr Yo berjenaka orangnya, memang hepi dengan dia
chew tengah fikir lepas Sibu kemana pula nak pergi...dah dilantik menteri pelancongan
angin meniup membisikkkan pada ku, impian kini terjadi
cikgu siti melemparkan pemandanganya ke sg serawak
aku pun meyapa lembut " ti....teringat saat saat manis bersama
tersayang kah..."tak lah, tengok kalau kalau ternampak buaya"
aku pun terus berundur dua tiga tapak dari tebing jeti.
Kami pun meneruskan perjalanan ke Sarikei, dalam perjalanan kami singgah tempat yg menarik apatah cikgu siti ini peminat bunga jadi bila nampak bunga kami pun berhentilah sekejap
dah sampai pekan Bintangor
ini petrol station taw
Chew buat pose menarik di jeti Bintangor
Permandangan dari jeti tempat bot berlabuh
cikgu siti memang peramah orangnya sempat berbual dengan petani
di sana yg ada kebun limau bali
tengok muka ada senyum
orang peramah memang untung hehe ..dapat free limau bali
apalagi buat makanan ler dlm kereta
Dapat juga tengok rumah panjang...tapi yg morden ler
Laksa serawak
Akhirnya kami pun sampai ke Sarikei
dan ke restoran untuk makan tengahari
memandangkan hari ini hari jumaat Mr Yo
minta kawanya di sana En Fauzi bawa aku ke masjid untuk solat jumaat
Nenas ini landmark di sana
Kami pun berangkat pulang kembali ke Sibu
Ya...kena tempuh lagi jeti ini hadap pulang ke Sibu
Aku pun berselfie lah sementara feri sampai
Sempat pula beselfie dengan "alia" anak comel penjual gerai di jeti
Hari Ketiga
kami bersapan dihotel
kami singgah lagi ke central market sibu untuk shoping terakhir
antara juadah makanan yg dijual
kami pun dah sampai airport Sibu
yg baju biru tu Roger sahabat stroke juga datang dari kanawit bila dapat maklumat kami
dari semenanjung dah di airport untuk balik
makan terakhir kami di airpot Sibu
bersama Roger
Jutaan terima kasih buat Mr Yeoh Kean melayan kami dengan sungguh
baik sepanjang kami di Sibu , akan ku bawa kenangan terindah dan
pengalaman bersama mu selagi hayat dikandung badan
Tibalah saat kami semua balik
Barang cikgu siti shoping
passport Malaysia ku pun dah di cop keluar
unik kan kalau kita pergi Sabah atau Serawak kita perlu lalui pemeriksaan imegeresen
kalau tak ada passport guna mykad pun boleh nanti kita diberi surat dan surat perjalanan
perlu diserahkan bila kita keluar nanti
ketika gambar ini diambil aku pun dah duduk atas kerusi roda
kami bertiga pun dah di bawa ke pemeriksaa balai berlepas
mesti korang heran kan kenapa pula kami berkerusi roda
sebenarnya kami pemegang kad OKU JKM layak dapat perkidmatan
ini percuma ...maklumlah kat airport terutama KLIA nanti jauh nak jalan kaki
jadi kami gunakan je kemudahan ini
Kami semua dah dalam pesawat untuk kembali
"sayunara Sibu" kami pulang dengan dikerumuni kenangan terindah.
Sekian coretan kali ini dari Mustazrin Mustapa..
Catatan ini khusus dibina buat sahabat-sahabat senasib saya.









































































Wah, bestnya jalan-jalan dgn kawan-kawan...hepi semuanya...perenggan last sekali letak pantun Mus...hehe
ReplyDeleteHehe....aku sendiri pun tak sangka selepas aku di duga angin ahmar ,aku perolehi satu kehidupan yg tak terlintas aku lakukan masa aku sihat dulu. Thanks man
ReplyDeleteAlhamdulillah... selamat pergi dan kembali 😊
ReplyDelete