Salam sejahtera buat pembaca blog ku
Setelah sekian lama tidak mengupdate blog ku perjalanan insan yang diduga angin ahmar@ stroke akibat penyakit yg melanda seluruh dunia covid19 hingga Malaysia bumi bertuah juga tidak terkecuali tempias penyakit "Gondrong" ni menyerang.Hingga berlaku "Perintah kawalan pergerakan di laksanakan"
Tanggal 14 septembar . Aku bersama sahabat ku warrior stroke atau dlm istilah kami bekas pesakit strok SS @strok survival Mr.Chew, memulakan langkah semula ke destinasi yg tertunda akibat PKP.
Destinasi kali ini SABAH
Jam 0610 kami dah tiba di stesen ERL Salak Tinggi untuk menaiki tren ke KLIA
Kembara kali ini kami mematuhi SOP ...pemakaian mask satu harus dipatuhi.
Dah di KLIA, tengah check in di kaunter penerbangan
Akhirnya selepas hampir tiga jam di udara aku dan Chew pun dah sampai Kota Kinabalu.Semasa aku ambil kesempatan merokok ku lihat chew leka bersembang.
Kami pun ambil grab car menuju ke tempat menginap untuk dua malam di KK.
Chew sedang berurusan check in di hotel.
Okey juga bilik yang di booked oleh chew amat selesa.
Setelah berehat di bilik petang tu kami bersiar di sekitar hotel
Sedar tak sedar kami berjalan menyusuri hingga sampai ditepian laut.Ketika itu mentari mulai habis bertugas menerangi alam semesta, ayat mudah dah senja lee.
Tanpa berlengah aku dan chew terus merakamkan suasana indah sebelum kegelapan mendinding kukuh menutup keindahan alam,cewah
Tempat makan malam pertama kami di KK berdekatan laut
Malam pertama setelah kami menikmati hidangan bermenu seafood yang meniti dibibir pengunjung ke Sabah. Tapi bagi aku elek je melolos ke antara dua bibir ku terus menjunam masuk ke tengkorok ku.
Dapat bonus juga kami malam tu pabila langit yang kelam memcurahkan hujan lebat bersama angin kencang, lebih dua jam kami terprangkap di sini.
Hari kedua
Kami memulakan perjalanan menyusuri lalauan dari Api Api menuju Jesselton, sepanjang perjalanan kami menempuh perbagai tempat terkenal di KK seperti Pasar Filipina,Pasar Besar,pelbagai nama market dan kedai cenderamata hasil seni Sabah seperti mutiara dan tidak ketinggalan panorama pesisir lautan yang indah.
Bila lihat ada pungunjung yg datang berkeluarga masa ini sempat la aku meminta mereka menolong ambil gambar kami berdua.
Pe lagi kami pun bergaya lah supaya kelihatan hebat hingga langsung tidak kelihatan seperti orang strok.
Di pasar Filipina
Perjalanan kami teruskan ...cuaca pun amat bagus sekali mendung dan sesekali hujan di KK seolah olah memayung kami agar terus jalan dan berjalan.seperti satu koloberisasi antara alam dan dua insan meneruskan rentak pengembaraan di negeri di bawah bayu .
Akhirnya kami sampai ke jetty Jesselton,
Tempat jualan tiket dan pakej ke pulau pulau sekitar, melihat video yg ditunjuk oleh agen sangat cantik permandangan pulau pulau yg aku pun tak berapa cam nak sebut pe tah nak mengeja.
aku dan chew memasang hasrat jika datang lagi hendak mencuba akitiviti ini tapi aku ni takut air dalam pasal aku tak reti berenang . tengok lah akan datang kalau aku rasa teruja sangat nak lihat kepulauan yang indah dan cantik, mungkin tanpa memikirkan masa depan aku try je.
Kami pun mula berjalan balik ke hotel, bila hujan kami singgah tempat berteduh menanti berhenti.
Lebih 7KM kami berjalan kaki hari ini,penat tak terasa kerana hati kami happy
HARI KE TERAKHIR
Dah pun bersiap untuk ke airport
Kami pun sudah dibawa ke balai berlepas
Sekian catatan aku dalam kembara kali ini. Pelajaran trip kali ini kita hanya merancang Allah menentukan segala yg berlaku. Sebagai nota kaki sepatutnya trip ini kami bertiga ,, aku chew dan sham...apa yg kita rancang tidak semestinya sempurna di laksanakan. Walau Sham tak ikut kali ini semangat jenaka riang dia kami sebut tiap kali terlihat tempat kegemaran sham Starbuck.
Sekian perkongsian dari saya moga diberikan kekuatan pada sahabat sahabat senasib.
moga berjumpa lagi




























Wah...seronok jalan² dgn member...
ReplyDeleteWah...seronok jalan² dgn member...
ReplyDelete