Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ku bina lagi kenangan bersama sahabat sahabat stroke ku.Bagaikan kelahiran semula bagi kami setelah menempuh rintangan stroke yang mengakibatkan kami yang dahulunya saling tidak mengenali kini membina kenangan terindah....bersatu atas satu persamaan yang barangkali tidak dimiliki insan lain. Syukur pada Allah.
Kembara kali ini aku bersama tiga sahabatku seperti biasa watak utama akan ku maklumkan pada pembaca blogku. Kami melancong ke Pulau Pinang menaiki ETS pada 8hb-11hb February 2O2O
Mr Chew
Mr Shamsul Aris Lee
Mustazrin...aku la ni
Kami pun bergabung membentuk satu pasukan
Hari pertama
Yeah kami pun mula melangkah masuk ke koc di KL Sentral
Memang cantik tempahan Chew, kami duduk sebaris jadi dapat lah kami pantau memantau sesama sendiri
Selepas Rawang baru ETS melucur deras di landasan sesuai dengan namanya keretapi laju. Gambar ini aku ambil ketika ETS menyeberangi Kolam Bukit Merah.
Kami pun dah sampai Butterworth,mesti korang pelik kenapa sham masuk balik koc...sebenarnya sham dah keluar tapi patah balik nak tunjuk kaki dia melangkah keluar dari tren tapi bila sham pose keluar aku dah tak tahan gelak sampai tak ambil gambar dia
Kesejukan dlm tren selama 5jam ...apalagi
Kami pun bergerak menuju jetty untuk masuk ke Pulau Pinang
Yeah dah dalam feri
Kami pun bergerak menuju ke hotel memang kami semua power tu pasal kami memilih berjalan kaki ke hotel jaraknya 1km dari jetty
Akhirnya kami pun sampai tempat menginap untuk 3malam di sini
Selesai urusan check in kami pun keluar untuk makan di Line clear
Hari kedua
Semantara tunggu Chew urus tukarkan bilik dari double bed ke twin bed kami main beca
Dalam perjalanan sarapan ke Original kayu nasi kandar
Sarapan pagi bersama kawan Chew Mr Daniel
Selepas sarapan misi kami bermula nak jelajah tempat makan dan tempat heritage
Lihat orang beratur panjang nak makan nasi kandar
Kami pilih tempat ini kerana tak larat nak beratur panjang, kunjungan kedua lah jadinya
Petang kami lepak di starbuck Perangin Mall
Malam kedua kami terima kunjungan Pn Hamidah seorang ss tinggal di penang datang makan malam bersama kami di foodcourt Padang Kota Lama
Memang happy kami semua malam tu sambil dihiburkan pemuzik
Diakhir siaran klik ya video untuk merasai suasana kami
Lepas makan kami semua bersembang sambil menikmati suasana malam
Sham sempat servis kaki dia
Hari ketiga
Sarapan pagi
Kami naik Bukit Bendera
Ada kad OKU free naik
Sebenarnya keretapi Bukit Bendera ini mesra OKU berkerusi roda, biasalah warrior mana nak duduk koc yg berhenti tepat pada ramp.
Menikmati permandangan Penang dari Bukit Bendera
Kami pun dah puas ready nak naik tren untuk turun,maklumlah ada kad vip tempat menunggu pun dikhaskan tak perlu beratur
Dah pun turun dari Bukit Bendera
Setelah puas di puncak Bukit Bendera kami pun rest jap
Petang tak mau lepak kat bilik jadi kami nonton wayang
Sambil menanti puan Hamidah sampai
Terima kasih Puan Hamidah sudi datang temankan makan malam terakhir kami
Hari terakhir
Sambil menanti puan Hamidah sampai
Hari terakhir
Kami pun bergerak ke jetty untuk pulang
Kami semua dah dalam feri
Sempat bergambar penuh sebelum naik ETS
Kami semua pun dah sedia menunggu hon trumpet ETS ditiup membawa kami kembali ke Kuala Lumpur
Masa balik kami naik ETS bisness class nampak grandkan
Tiket termasuk makanan nasi + mineral water, dessert + jus + hot coffee. percuma satu earphone
Amat selesa ETS bisness class
Lagu ini ditujukan khas untuk kami kata pemain gitar jalanan ini
Satu perkongsian pengalaman dari kami pesakit stroke ...jika anda pesakit stroke rasa menderita kami sudah melalui saat saat sukar itu
kini kita bina semula bersandarkan kemampuan yang tersisa
Untuk trip Penang ini terima kasih sahabat sahabatku Chew,Sham dan Bob....kerjasama terindah
BILA STROKE BERGABUNG KITA KUAT DAN ENJOY
kini kita bina semula bersandarkan kemampuan yang tersisa
Untuk trip Penang ini terima kasih sahabat sahabatku Chew,Sham dan Bob....kerjasama terindah
BILA STROKE BERGABUNG KITA KUAT DAN ENJOY
































































wah...best dpt jalan² dgn sahabat²...
ReplyDeleteTerbaik team work
ReplyDeleteNice....... The story is very interesting....
ReplyDeletebila dikenang pengalaman outing bersama sahabat stroke kami seakan rakan karib semasa lepas sekolah walhal baru berkenalan atas sesama diduga stroke,keakraban bergurau semangat setikawan seakan dah lama berkawan. Walaupun kami bertemu dari pelbagai kateria latarbelakang yg berbeza . sebuah keindahan
ReplyDeleteterimakasih pada yg sudi komen pada blog ini