Naik ETS bercuti di Pulau Pinang ( Stroke survivors)

Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Ku bina lagi kenangan bersama sahabat sahabat stroke ku.Bagaikan kelahiran semula bagi kami setelah menempuh rintangan stroke yang mengakibatkan kami yang dahulunya saling tidak mengenali kini membina kenangan terindah....bersatu atas satu persamaan yang barangkali tidak dimiliki insan lain. Syukur pada Allah.
Kembara kali ini aku bersama tiga sahabatku seperti biasa watak utama akan ku maklumkan pada pembaca blogku. Kami melancong ke Pulau Pinang menaiki ETS pada 8hb-11hb February 2O2O

Mr Chew

Mr Shamsul Aris Lee

Mustazrin...aku la ni

Kami pun bergabung membentuk satu pasukan

Hari pertama


Yeah kami pun mula melangkah masuk ke koc  di KL Sentral


Memang cantik tempahan Chew, kami duduk sebaris jadi dapat lah kami pantau memantau sesama sendiri

Selepas Rawang baru ETS melucur deras di landasan sesuai dengan namanya keretapi laju. Gambar ini aku ambil ketika ETS menyeberangi Kolam Bukit Merah.



 Kami pun dah sampai Butterworth,mesti korang pelik kenapa sham masuk balik koc...sebenarnya sham dah keluar tapi patah balik nak tunjuk kaki dia melangkah keluar dari tren tapi bila sham pose keluar aku dah tak tahan gelak sampai tak ambil gambar dia

 Kesejukan dlm tren selama 5jam ...apalagi

Kami pun bergerak menuju jetty untuk masuk ke Pulau Pinang


Yeah dah dalam feri





Kami pun bergerak menuju ke hotel memang kami semua power tu pasal kami memilih berjalan kaki ke hotel jaraknya 1km dari jetty




 jumpa cafe kepunyaan Chew



Akhirnya  kami pun sampai tempat menginap untuk 3malam di sini

Selesai urusan check in kami pun keluar untuk makan di Line clear



Hari kedua

Semantara tunggu Chew urus tukarkan bilik dari double bed ke twin bed kami main beca 

Dalam perjalanan sarapan ke Original kayu nasi kandar


Sarapan pagi bersama kawan Chew  Mr Daniel

Selepas sarapan misi kami bermula nak jelajah tempat makan dan tempat heritage





Lihat orang beratur panjang nak makan nasi kandar

 Kami pilih tempat ini  kerana tak larat nak beratur panjang, kunjungan kedua lah jadinya

Petang kami lepak di starbuck Perangin Mall

Malam kedua kami terima kunjungan Pn Hamidah seorang ss tinggal di penang  datang makan malam bersama kami di foodcourt Padang Kota Lama



Memang happy kami semua malam tu sambil dihiburkan pemuzik 

 Diakhir siaran klik ya video untuk merasai suasana kami


Lepas makan kami semua bersembang sambil menikmati suasana malam

Sham sempat servis kaki dia 

Hari ketiga

Sarapan pagi 

Kami naik Bukit Bendera

 Ada kad OKU free naik


Sebenarnya keretapi Bukit Bendera ini mesra OKU berkerusi roda, biasalah warrior mana nak duduk koc yg berhenti tepat pada ramp. 


Menikmati permandangan Penang dari Bukit Bendera



 




Kami pun dah puas ready nak naik tren untuk turun,maklumlah ada kad vip tempat menunggu pun dikhaskan tak perlu beratur
Dah pun turun dari Bukit Bendera

Setelah puas di puncak Bukit Bendera kami pun rest  jap

Petang tak mau lepak kat bilik jadi kami nonton wayang

Sambil menanti puan Hamidah sampai



Terima kasih Puan Hamidah sudi datang temankan makan malam terakhir kami


Hari terakhir


Kami pun bergerak ke jetty untuk pulang



Hebatkan kami naik bas penang free ke jetty, kebetulan penuh pula penumpang terpaksa la kami semua berdiri di dalam bas berpaut kuat di tiang, maklum lah bila bas corner terbuai kami yang memang semuanya tidak berapa stabil bila berdiri.

Kami semua dah dalam feri

Sempat bergambar penuh sebelum naik ETS


Kami semua pun dah sedia menunggu hon trumpet ETS ditiup membawa kami kembali ke Kuala Lumpur


Masa balik kami naik ETS bisness class nampak grandkan




Tiket termasuk makanan nasi + mineral water, dessert + jus + hot coffee. percuma satu earphone


Amat selesa ETS bisness class

Chip kami pun melemparkan senyuman mission complete


Lagu ini ditujukan khas untuk kami kata pemain gitar jalanan ini


Satu perkongsian pengalaman dari kami pesakit stroke ...jika anda pesakit stroke rasa menderita kami sudah melalui saat saat sukar itu
kini kita bina semula bersandarkan kemampuan yang tersisa
Untuk trip Penang ini terima kasih sahabat sahabatku Chew,Sham dan Bob....kerjasama terindah
BILA STROKE BERGABUNG KITA KUAT DAN ENJOY


Comments

  1. wah...best dpt jalan² dgn sahabat²...

    ReplyDelete
  2. Nice....... The story is very interesting....

    ReplyDelete
  3. bila dikenang pengalaman outing bersama sahabat stroke kami seakan rakan karib semasa lepas sekolah walhal baru berkenalan atas sesama diduga stroke,keakraban bergurau semangat setikawan seakan dah lama berkawan. Walaupun kami bertemu dari pelbagai kateria latarbelakang yg berbeza . sebuah keindahan
    terimakasih pada yg sudi komen pada blog ini

    ReplyDelete

Post a Comment